SinarHairan

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Melaka - 3 May 2016

loading...
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM (Melaka)



Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11:RM837.00 ; atau

(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia
yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam
Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11:RM837.00);

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm semasa menarik
nafas 84 sm (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
berdaftar

dan

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.


Cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM
(Melaka) di http://ift.tt/1SEGuB0

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod
perkhidmatan yang dikemas kini.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
KM26 JLN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
No Tel : +(606)-558 2000


Tarikh tutup permohonan : 03 May 2016





Jawatan Kosong Terkini 2015 di Universiti Teknologi MARA Melaka http://ift.tt/1KF2wUT


UiTM Melaka Kampus Alor Gajah

UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.

UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM)

Mula beroperasi pada 15 Disember 2006, dengan 11 orang kakitangan pentadbiran. Sesi akademik bermula pada 3 Januari 2007. Diterajui oleh Pengarah Kampus UiTM Melaka iaitu Prof Madya Dr Mizan bin Hj. Hitam dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus Bandaraya iaitu Prof Madya Mohd Zainud-Din bin Hassan.

Merupakan agenda nasional dengan Usahasama Ketua Menteri Melaka dan Naib Canselor UiTM untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 200 000 pelajar di UiTM. Tanggal 26 Mac 2007 warga UiTM berbangga dengan perasmian KBM oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500 orang.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Melaka - 3 May 2016"

Catat Ulasan