SinarHairan

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 21 April 2016

loading...
Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :- 



Jawatan:

1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN


Syarat Kelayakkan:

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas seperti syarat-syarat
pelantikan dibawah:

• Warganegara Malaysia

• Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh
permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat
kebenaran ibu/bapa atau penjaga.

• Sihat tubuh badan
.
• Sekurang-kurangnya telah tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.

• Pelajar UMK/ Bekas Pelajar UMK/ Staf Akademik & Pentadbiran UMK tidak dibenarkan
memohon.

• Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas sebagai Pembantu Pengawas
Peperiksaan.

•  Pihak UMK boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila
masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Kadar bayaran adalah sebanyak RM54.00 sehari (melaksanakan tugas selama sembilan 9 jam
sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua
Jabatan).


Cara Memohon:

1. Borang permohonan seperti dilampirkan disini (sila klik)

2. Semua permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang yang telah lengkap diisi mengikut kampus yang dipohon seperti alamat dibawah:

Kampus Kota/Bachok
Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok
Karung Berkunci No. 01
16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Peperiksaan)

Kampus Jeli
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Jeli
Karung Berkunci No. 100
17600 Jeli
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Akademik)


Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi Pihak Kami Di :-

Kampus Kota/Bachok
Tel : 09-7797047/ 7797014

Kampus Jeli
Tel : 09-9477082/ 9477219


Tarikh tutup permohonan : 21 April 2016




Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) http://ift.tt/1KF2wUT


Mengenai UMK

Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh. 

Berpacukan konsep “Keusahawanan Teras Kami”, usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza Bin Mohamed, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan - Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 27 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang. 

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 21 April 2016"

Catat Ulasan