SinarHairan

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 21 April 2016

loading...
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.



Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA N17


Syarat Lantikan:

Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.

(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred N17 : P1 RM928.00 )

(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera
Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan;
( Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1 RM928.00 )

(iii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut :-

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi
wanita tanpa bersepatu;

(b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg
bagi wanita;

(c) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 26;

(d) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya
79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(e) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa
menggunakan cermin mata;

(f) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(g) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar.


Tarikh tutup permohonan : 21 April 2016


Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)


Latar Belakang

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. 

Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 21 April 2016"

Catat Ulasan