loading...
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia. ANGKASA melaksanakan program transformasi Koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi. ANGKASA terus menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab, Koperasi, kesatuan dan syarikat GLC. Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat kami seperti berikut :
Jawatan:
1. JURU UKUR BAHAN
Kelayakan dan Pengalaman
• Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan (kuantiti pengukuran /
bangunan teknologi / Pengurusan pembinaan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi
setaraf dengannya.
• Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam menguruskan ID Projek dan BQ.
• Boleh menyediakan kajian kemungkinan, kos anggaran dan mengurus semua kontrak
penunaian kewajipan.
• Menyelaras dengan perunding dalam penghantaran sampel (lukisan), manual operasi dan
penyelenggaraan.
• Mempunyai asas dalam reka bentuk, projek, pentadbiran dan kewangan dengan baik.
• Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
• Boleh bekerja di bawah tekanan dan berorientasikan hasil.
• Bersedia melakukan tugasan melebihi masa dan di luar kawasan termasuk bertugas pada
hujung minggu.
Bidang Tugas
• Bertanggungjawab dalam kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran,
kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.
Cara Memohon;
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta
butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
atau e-mel : sumber@angkasa.coop
selewat-lewatnya pada 30 April 2016
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Kerja Kosong Terkini ANGKASA
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) - 30 April 2016"
Catat Ulasan