SinarHairan

Tabung Haji bail out syarikat berkait skandal SRC...Emm patut la duit habis..

loading...

Tony Pua mempersoalkan adakah tindakan Tabung Haji membeli saham dan kepentingan dalam Putrajaya Perdana Bhd, sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan sebuah syarikat pembinaan swasta yang ada kaitan dengan aliran wang RM140 juta dalam skandal SRC International.
Katanya, Tabung Haji membeli 30% kepentingan dalam Putrajaya Perdana dengan jumlah yang tidak didedahkan walaupun syarikat itu gagal menghantar akaun tahunan teraudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak Disember 2013.
Sebulan selepas pengambilalihan Tabung Haji pada November 2014, sebanyak RM140 juta dibayar semula kepada SRC International menerusi anak syarikat Putrajaya Perdana iaitu Putra Perdana Development dan Putra Perdana Construction, katanya.
“Mengapa Tabung Haji membeli 30% daripada Putrajaya Perdana dan berapa banyak ia bayar untuk saham itu? 

“Siapa sebenarnya pemilik Putrajaya Perdana?” soal ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Berdasarkan kepada carta aliran ditunjukkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media minggu lalu, SRC International yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, memindahkan wang RM140 juta kepada Putra Perdana Development terlebih dulu sebelum wang itu dikembalikan.
“Kementerian Kewangan gagal memberi penjelasan mengapa wang itu dimasukkan ke kumpulan syarikat Putrajaya Perdana walaupun SRC International sudah menyatakan perniagaannya ialah untuk melabur dalam ‘sumber semula jadi dan sektor tenaga’ di luar negara.
“Mengapa SRC International mendahulukan RM140 juta itu kepada Putra Perdana? Siapa beri kebenaran berbuat demikian?
Pua berkata Putrajaya Perdana dijual kepada Cendana Destini Sdn Bhd pada September 2012, tetapi, pemilikan sebenarnya tidak jelas kerana rekod SSM menunjukkan pemegang sahamnya diletakkan di bawah akaun penama AmSec Nominess (Tempatan) Sdn Bhd.
Katanya, syarikat itu sebelum ini dipegang Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation (ADKMIC), yang ada kaitan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, di mana sebelum ini dijual kepada UBG Bhd, syarikat berkait dengan bekas ketua menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 2007.
Setahun selepas itu, pada Januari 2008, ADKMIC membeli saham majoriti dalam UBG yang diperoleh Petrosaudi International Limited (Seychelles) pada nilai RM140 juta, menerusi pinjaman AS$500 juta yang sebahagiannya dibiayai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada September 2010.
“Pendedahan tidak sengaja peguam negara membuka keseluruhan jaringan beberapa syarikat yang saling berkait kepada 1MDB dan Jho Low.
“Ia semakin membangkitkan persoalan baharu dan soalan tidak berjawab mengenai keseluruhan episod itu.
“Lebih penting ialah, adakah Tabung Haji menyelamatkan Putrajaya Perdana untuk membolehkan syarikat itu membayar semula RM140 juta pendahuluan kepada SRC International?”
Pua berkata penjelasan amat perlu dilakukan dan mereka yang bertanggungjawab termasuk Tabung Haji, SRC International, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai menteri kewangan dan Apandi, tidak boleh buat tidak tahu terhadap skandal itu.

loading...
loading...

0 Response to "Tabung Haji bail out syarikat berkait skandal SRC...Emm patut la duit habis.."

Catat Ulasan