loading...
Bentong: Suami isteri maut apabila kenderaan dinaiki merempuh bas ekspres di Kilometer 4 Jalan Bentong-Raub berhampiran Kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 25 di sini, 11 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritenden Mohammad Mansor Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta terbabas memasuki lorong bas yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Katanya, kemalangan menyebabkan penumpang belakang kereta terbabit tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.
"Manakala penumpang lelaki di depan disahkan mati di hospital dan pemandunya parah selepas tersepit.
"Pemandu bas bersama 11 penumpang pula tidak cedera," katanya.
Menurut Mansor, mereka yang maut adalah Mohammad Nur Said, 69, dan Siti Hawa Razak, 57, berasal dari Kampung Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. Manakala, mangsa parah adalah anak mereka, Mohd Azuan Mohammad Nur, 30.
"Semua mangsa kini dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan dan bedah siasat," katanya.-HM
loading...
loading...
Related Posts :
Insiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak GO SHOP Tampil Dedah Kisah SebenarInsiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak Go Shop Tampil Dedah Kisah Sebenar
Baru-baru ini kecoh apabila ada video klip menunjukkan kuali … Read More...
Insiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak GO SHOP Tampil Dedah Kisah SebenarInsiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak Go Shop Tampil Dedah Kisah Sebenar
Baru-baru ini kecoh apabila ada video klip menunjukkan kuali … Read More...
PANAS! Ezlyn bakal bercerai dengan suaminya..Pada: Selasa, 30 Mei 2017
Berita Artis, Ezlynn, Mahkamah, Penyanyi, Perceraian Artis,
Ezlynn memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahm… Read More...
Gempar Video Bayi Berjalan Selepas Beberapa Minit dilahirkan.
Kejadian yang menggemparkan dan sukar dipercayai oleh jururawat apabila seorang bayi yang baru lahir dengan sendirinya cuba berjalan denga… Read More...
Penyanyi Ezlynn Failkan Penceraian, Tapi Apa Yang Dilakukan Suaminya Mengejutkan Ramai(TERKINI) Penyanyi Ezlynn Sah Failkan Penceraian
PENYANYI yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn memfailkan cer… Read More...
0 Response to "Sayu : Ibu dan ayah maut ..anak parah kereta dipandu rempuh bas di Bentong malam tadi (8Gambar)"
Catat Ulasan