SinarHairan

Minta Maaf Dengan Sultan, Semua Ketua Bahagian UMNO Diam Diri...

loading...

Sidang media diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah 20 Januari lalu mendesak pengunduran Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencetuskan pergolakan politik Kedah.
Salah seorang ketua bahagian Umno Kedah, Datuk Nawawi Ahmad, yang turut menyertai kumpulan penentang Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, enggan memberikan sebarang komen selepas disuruh meminta maaf kepada Sultan.
Beliau yang menghadiri sidang media diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah 20 Januari lalu, mengambil pendekatan tidak mahu menjawab perkara berkaitan kemelut politik negeri tersebut.
“Tiada komen. Saya tidak ada sebarang kenyataan untuk diberikan,” katanya ketika dihubungi apabila diminta mengulas gesaan Mukhriz hari ini yang mahu semua ketua bahagian terbabit meminta maaf kepada Sultan Kedah.
Selain Nawawi, beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak hadir ke mesyuarat mingguan Rabu lepas, juga tidak menjawab panggilan telefon wakil media hari ini.
Mukhriz hari ini dalam 1 kenyataan mendakwa, tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah dan 6 exco yang tidak hadir mesyuarat 27 Januari itu mengundang kemurkaan Sultan yang sedang dalam persiapan menyambut ulangtahun Hari Keputeraan baginda.
Beliau menyifatkan 1 penghinaan kepada Sultan Kedah tindakan ketua bahagian yang mengadakan sidang media pada 20 Januari lalu ketika persiapan sambutan itu sedang berjalan.
Mukhriz, menteri besar penggal pertama, ketika ini berdepan tentangan daripada pemimpin Umno Kedah yang mendesak beliau berundur memandangkan sokongan dan keyakinan terhadap beliau dikatakan kini berkurangan.
Laporan media menyatakan, 19 wakil Umno dalam DUN menandatangani akuan bersumpah menyokong penyingkiran anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu.
loading...
loading...

0 Response to "Minta Maaf Dengan Sultan, Semua Ketua Bahagian UMNO Diam Diri..."

Catat Ulasan