loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Pasir Mas :-
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR N17
2. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
3. PEMANDU KENDERAAN H11
4. PEMBANTU AWAM H11
Cara memohon:
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh
didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos
hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah
Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.
b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan
MDPM 1.
c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping
gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil
Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi
kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan
jawatan yang dipohon yang telah disahkan.
d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan
bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan
Prestasi.
e. Alamat Permohonan :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS
LUBOK JONG
17070 PASIR MAS
KELANTAN
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh tutu permohonan : 27 Februari 2016
Latar Belakang Pasir Mas
Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.
Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak dibahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.
Rujukan
Rujukan
- http://ift.tt/1R1XwuJ
- Mohamed Roselan Abdul Malek, (1998). Kesan sejarah dan tempat-tempat menarik: Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor : Oscar Book International.
- Mohamed Roselan Abdul Malek, (1993). Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
- Asmad, (1987). Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
- Mustafa Ali Mohamed, (1987). Kelantan Darul Naim. Selangor : Pelanduk Publications
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas - 27 Feb 2016"
Catat Ulasan