SinarHairan

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor - 23 Feb 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27

5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17

7. PEMBANTU PENILAIAN W17

8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

9. PEMBANTU AWAM H11

10. PEMANDU KENDERAAN H11


(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHS yang boleh dibeli di Jabatan
Khidmat Pengurusan atau dimuat turun di laman web MDHS www.mdhs.gov.my
dengan harga RM2.00 tunai/naskah (tidak termasuk GST 6%). Admin telah sedikan link untuk memuatturun borang melalui link di bawah

(b) Sekiranya pemohon membuat penghantaran borang secara pos, pemohon hendaklah
menyertakan:

i) Kiriman wang / Wang pos (postal order/money order) berjumlah RM2.00
tunai/naskah (tidak termasuk GST 6%) kepada MAJLIS DAERAH HULU
SELANGOR.

ii) Satu (1) keping sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm LENGKAP dengan
NAMA dan BERALAMAT SENDIRI serta bersetem RM 0.60.

(c) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.

(d) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport,
sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang
telah DISAHKAN dari salinan asal.

(e) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan,
Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan
hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) yang terkini.

(f) Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Hulu Selangor
(MDHS).

(g) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

(h) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat
permohonan.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 23 February 2016





Jawatan Kosong Terkini 2015 di Majlis Daerah Hulu Selangor http://ift.tt/1RHSYsy


Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

MDHS adalah hasil gabungan :
  • Majlis Tempatan Asam Kumbang
  • Majlis Tempatan Kalumpang


Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis sehingga tahun 2015 adalah 175,670.11 hektar yang meliputi 13 mukim . Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:-
  • Hulu Bernam
  • Kalumpang
  • Kerling
  • Kuala Kubu Bharu
  • Rasa
  • Batang kali
  • Hulu Yam
  • Serendah
  • Sg. Choh
  • Bandar Baru Bukit Beruntung
  • Bandar Baru Bukit Sentosa
  • Bandar Baru Sg. Buaya
  • Bandar Lembah Beringin
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor - 23 Feb 2016"

Catat Ulasan