loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas danberkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Syarat Permohonan :
• Warganegara Malaysia
• Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara memohon:
Sila kemukakan resume serta salinan sijil dan transkrip ke alamat seperti berikut :
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Perkhidmatan, Tingkat 19
Bangunan LPPKN
12B, Jalan Raja Laut
50712 KUALA LUMPUR
Perhatian:
• Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
• LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan : 15 Februari 2016
Kerja Kosong Terkini LPPKN
AKTA LPPKN
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.
Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976 manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih luas.
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 15 Feb 2016"
Catat Ulasan