SinarHairan

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 11 Feb 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) seperti berikut :-



Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 - Klik Sini

2. PEGAWAI PERKHIDMATAN  PENDIDIKAN DG29 - Klik Sini


Cara Memohon:

 Calon hendaklah memohon secara online (Link admin sediakan di bawah) . Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dengan mengemukakan maklumat diri (Resume) beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan sijil-sijil berkaitan yang disahkan beserta Wang Pos sebanyak RM5.00 di atas nama Bendahari Kolej Universiti INSANIAH. Borang dan dokumen berkenaan hendaklah dicetak dan dipos/ dihantar ke alamat berikut:

PENDAFTAR,
Kolej Universiti INSANIAH,
Kuala Ketil,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Februari 2016. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima apa-apa maklumbalas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.



Jawatan Kosong Terkini 2016 di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) http://ift.tt/1RHSYsy


Sejarah Awal Penubuhan

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Hj. Osman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam di negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.

Pihak Universiti al-Azhar pula telah membuat lawatan balas ke Negeri Kedah pada l hb hingga 7hb September 1994 yang diketuai oleh Rektornya Tuan Yang Terutama Prof. Dr. Abdul Fatah Al-Syeikh Husaini sehinggalalah perjanjian kerjasama MOU telah ditandatangani di Wisma Darul Aman, Kedah oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Dato' Seri Hj. Osman Hj. Aroff dengan Rektor Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Abd Fattah Husaini El-Syeikh pada 3hb September 1994.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 11 Feb 2016"

Catat Ulasan