SinarHairan

Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Melaka - 15 Feb 2016

loading...
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Jabatan Kesihatan Melaka (JKN Melaka) seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN C41
Pekerja Sambilan Harian

4 Kekosongan


Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang mengadakan urusan pengambilan perkhidmatan Pekerja Sambilan Harian bagi jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41. Sila kemukakan permohonan yang lengkap ke jabatan ini sebelum atau pada 15 Februari 2016 (Isnin). Permohonan yang lewat diterima atau tidak lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan dipertimbangkan.


Cara Memohon:

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2356753
(u/p : Puan Nor Zaidah Binti Md. Galeh / Noor Azah Binti Bahrin)


Tarikh tutup permohonan : 15 February 2016




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Kesihatan Melaka http://ift.tt/1KF2wUT

Kerja Kosong Terkini Negeri Melaka

Latar Belakang Jabatan

Latar Belakang Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah ditubuhkan pada tahun 1934 yang diketuai oleh Dr. S.P. Lupprian.    Objektif JKNM ditubuhkan adalah untuk membekalkan suatu perkhidmatan kesihatan penggalakan, pencegahan dan rawatan asas kepada orang ramai terutama sekali penduduk luar bandar untuk membolehkan keseluruhan masyarakat memperolehi dan menikmati kemudahan-kemudahan kesihatan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran sikap ke arah mencapai taraf kesihatan yang baik dan mengelakkan daripada berlaku dan merebaknya penyakit serta menjauhkan mereka daripada bahaya-bahaya kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan ekonomi dan sosial mereka.

JKNM terbahagi kepada dua (2) perkhidmatan utama atau teras iaitu:-

Bahagian Kesihatan Awam
Objektif Bahagian ini adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan komuniti secara optima melalui promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan pemulihan khususnya di kalangan penduduk negeri Melaka

Bahagian Perubatan
Objektif Bahagian ini adalah untuk merancang, menyelaras, mengawas dan menilai pelaksanaan Program Rawatan Perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan dan promosi kesihatan yang bersesuaian untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh pesakit.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Melaka - 15 Feb 2016"

Catat Ulasan