loading...
Pejabat Peguam Negara Switzerland akan menyerahkan "bukti penting" transaksi kewangan haram melibatkan syarikat Malaysia kepada rakan sejawatnya di negara ini tidak lama lagi, menurutnya dalam satu kiriman emel.
Pejabat itu menyatakan dalam emel, pihaknya berharap Malaysia akan menyediakan bantuan selanjutnya yang diperlukan dalam kes itu.
"Pejabat ini berharap rakan kami di Malaysia akan mengkaji bukti yang kami kumpul dan memberikan bantuan selanjutnya, sepertimana dipersetujui kedua-dua peguam negara September lepas," kata e-mel itu.
Katanya, peguam negara dari Malaysia dan Switzerland bersetuju bekerjasama mengenai perkara tersebut dalam pertemuan mereka tahun lepas itu.
Ketua penerangannya Andre Marty berkata, pejabat peguam negara Switzerland sudah mengumpul bukti penting berkaitan urus niaga haram dan salah laku yang akan dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia dalam masa beberapa hari lagi.
The Malaysian Insider menulis kepada pejabat berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai siasatan itu berikutan kenyataan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber pada 30 Januari yang pihaknya mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) mungkin disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia.
Sumber Malaysianinsider
loading...
loading...
0 Response to "AG Switzerland Mempunyai Bukti Kukuh Yang Akan Membuat Najib Panas Punggung..."
Catat Ulasan