SinarHairan

Terperdaya Dengan Tawaran Kerja Palsu, Gadis Serah Gambar 4 Bogel

loading...
Gambar Lee menunjukkan salah satu gambar yang pernah dihantar kepada Amy | Foto mStar Online

KUALA LUMPUR - Hanya kerana berminat dengan tawaran kerja sebagai model yang disebarkan melalui WhatsApp, seorang gadis kini berada dalam kebimbangan gambar bogelnya akan disebarkan di media sosial atau digunakan untuk tujuan yang tidak betul, lapor mStar Online.

Difahamkan, dua mangsa, Lee, 17, dan Goh, 23, menerima pelawaan kerja dari seorang jurugambar bernama Amy Chen yang dikongsikan dalam WhatsApp. Tanpa rasa was-was, salah seorang daripada mangsa telah berjaya masuk dalam perangkap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Difahamkan, jurugambar berkenaan meminta gambar mereka untuk dinilai oleh agensi model berwibawa. Lee yang telah membaca surat pengesahan agensi itu yang kononnya menyokong tindakan Amy, terus berminat dengan tawaran kerja itu menghubungi Amy melalui WhatsApp, namun tidak pernah bercakap melalui telefon atau bersemuka.

"Saya diberitahu yang agensi itu sedang mencari model untuk sesi penggambaran pakaian bikini. Saya juga telah melihat surat pengesahan agensi model itu dalam mesej WhatsApp, saya tahu agensi itu terkenal di Malaysia. Yakin dengan gambar dokumen yang diberikan, saya menghantar empat keping gambar bogel," katanya. 

Selepas berurusan di WhatsApp, Lee hadir ke sebuah hotel pada 6 Disember lalu untuk sesi penggambaran seperti yang dijanjikan. Namun, Amy tidak dapat dihubungi dan talian telefon individu itu juga diputuskan sebelum menyedari dirinya telah ditipu. Ekoran itu, mangsa telah membuat aduan kepada Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Isnin. 

Goh yang juga seorang model sambilan, mengesyaki bahawa 'tawaran' kerja yang ditawarkan oleh Amy Chen itu mungkin satu perangkap. 

"Saya menerima jemputan melalui WhatsApp untuk penggambaran yang sama dari seseorang yang dikenali sebagai Kak Aini. Saya juga menghantar gambar profil saya kepada Amy. Dua selepas itu saya diminta untuk menghantar gambar diri saya sekali lagi iaitu dua jam sebelum penggambaran," katanya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, Goh terus menghubungi agensi itu dan alangkah terkejutnya bahawa mereka tidak pernah meminta sebarang gambar daripadanya.

Menurut Pengarah ML Dodel Sdn Bhd, Nicholas Chan berkata, agensi mereka telah dipergunakan apabila bekerjasama dengan Amy kerana percayakan dirinya sebagai 'orang dalam industri peragaan'.

"Amy telah menawarkan diri untuk menjadi jurugambar untuk model kami dan kami memberikan empat gambar model kepada Amy. Kami juga menghantar kepadanya surat pengesahan. Kami hanya tahu penipuan itu apabila salah seorang mangsa menghubungi kami dan memaklumkan perkara itu pada 7 Disember," katanya.

Berikutan itu, agensi dan Goh membuat laporan polis pada 10 Disember dan polis kini sedang menyiasat kes berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Terperdaya Dengan Tawaran Kerja Palsu, Gadis Serah Gambar 4 Bogel"

Catat Ulasan