SinarHairan

SUBHANALLAH...Hilang Segalanya Dalam Sekelip Mata..Tabahkanlah Adik Ni...

loading...
Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, jam 11 pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 11.35 pagi.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. "Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

Hanya anak bongsu lima sekeluarga yang ditemui lemas di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, selamat dalam kejadian kira-kira 10 pagi, hari ini.Mohd Hasif, 9, selamat kerana sedang bermain pasir di tepi air terjun itu ketika kejadian.





Dalam kejadian itu, suami isteri dan tiga anak perempuan mereka ditemui lemas.Kesemua mayat ditemui antara 12.17 hingga 12.37 tengah hari oleh orang awam dan Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Halim Samian, 44; Nurul 'Adila @ Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka, Nurul Arifah, 16; Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "SUBHANALLAH...Hilang Segalanya Dalam Sekelip Mata..Tabahkanlah Adik Ni..."

Catat Ulasan