loading...
KOTA TINGGI : Empat termasuk tiga sekeluarga warga Singapura rentung apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung lalu terbakar di Jambatan Sungai Dohol, Jalan Mersing kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Seorang pemuda melalui facebook nya merasa amat kesal kerana gagal untuk menyelamatkan mangsa ketika api sedang marak membakar kedua-dua kereta ini namun beliau sempat menyelamatkan salah seorang mangsa.
Mengikut pemuda terbabit dia sudah cuba menyelamat kan seorang wanita didalam kereta yang terbakar itu namun dia gagal membuka pintu tersebut kerana sudah kemek dan ketika itu lah dia terpaksa melihat rintihan wanita yang hidup itu dibakar api yang sedang marak itu, ketika kejadian hanya beliau seorang di kawasan terbabit.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover yang dinaiki tiga sekeluarga berkenaan sedang dalam perjalanan ke Mersing melanggar papan tanda di jambatan itu lalu terbabas ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota Corolla yang dinaiki seorang wanita dalam perjalanan ke Kota Tinggi.
Akibat pelanggaran itu, keluarga warga Singapura yang terdiri daripada seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak serta wanita yang memandu kereta Toyota Corolla berkenaan maut dalam kemalangan berkenaan.
Bagaimanapun, seorang kanak-kanak yang dipercayai anak wanita yang memandu kereta Toyota Corolla berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) oleh orang awam untuk menerima rawatan.
Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi yang diketuai Komander Operasi Ramlan Mahat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran berkenaan.-Utusan Online.
loading...
loading...
Related Posts :
Inilah yang Dilakukan Oleh Rasulullah ketika Baginda Terlewat dalam Mengerjakan Solat Subuh yang Patut Kita Contohi!Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, yang berkata: Pada suatu malam kami menempuh perjalanan bersama Nabi s.a.w, sebahagian orang mengatakan: … Read More...
Gomez Ganti Kim Swee? Masih Percayakan Gomez.… Read More...
Pakistan Haramkan Filem Raees Dibintangi Shah Rukh Khan… Read More...
1X ANDA SEBARKAN BERARTI ANDA SUDAH MENYELAMATKAN RIBUAN NYAWA.,?? BERBAHAYA TOLONG JANGAN MINUM. MINUMAN INI,!! SEBELUM ANDA MENJADI KORBANYA,???1X ANDA SEBARKAN BERARTI ANDA SUDAH MENYELAMATKAN RIBUAN NYAWA.,?? BERBAHAYA TOLONG JANGAN MINUM. MINUMAN INI,!! SEBELUM ANDA MENJADI KORBAN… Read More...
Video Suami Tarik Rambut Isteri Selamat Dari Terjun Bangunan… Read More...
0 Response to "Sayu : Maaf kan Aku Kak aku dah cuba .. Aku tak sanggup melihat manusia hidup dan api membakar tubuh nya (6Gambar)"
Catat Ulasan