SinarHairan

Saranan ‘dua kerja’ bukti Najib dan Menteri tak fahami derita rakyat

loading...

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkaitan ‘dua kerja’ membuktikan lagi kerajaan gagal memahami kesusahan dan derita rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup tinggi.
Kenyataan Ahmad Maslan hanya melambangkan gaga pihak kerajaan dalam menyelami permasalahan dihadapi rakyat bawahan yang terpaksa bergelut setiap hari untuk survival mereka.
Kenyataan ‘bodoh sombong’ itu tidak harus keluar dari mulut seseorang yang bergelar menteri dalam menangani isu masalah rakyat
Kenyataan Ahmad Maslan melambangkan gagalnya kerajaan menyelami masalah rakyat bawahan yang terpaksa bergelut setiap hari untuk survival mereka.
Rakyat terpaksa menghadapi situasi seumpama itu bukan kerana mahu menjana lebihan pendapat, sebaliknya demi menampung kos keperluan harian yang semakin tinggi.
Dengan keadaan ekonomi negara kini, rakyat terpaksa bekerja lebih kerana hendak memenuhi kos keperluan harian yang semakin menekan, bukannya untuk memiliki lebih pendapatan ‘boleh guna'.
Sebelum ini, Ahmad Maslan membuat kenyataan beliau melakukan lebih satu pekerjaan iaitu Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO dalam satu masa di tengah-tengah ketidakstabilan ekonomi sebagai perkara ‘biasa’.
Kenyataan itu disifatkan sebagai memalukan  apabila ia keluar dari seorang menteri yang sepatutnya memikirkan penyelesaian yang bernas bukan satu idea "BODOH".
Ahmad Maslan memiliki tanggungjawab dalam skop kemampuan selaku ahli kabinet, tentang apakah polisi dan langkah drastik yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
Responlah atas kapasiti seorang menteri, bukannya menghambat rakyat dan memulangkan paku buah keras kepada rakyat. Adalah tanggungjawab kerajaan meringan beban hidup rakyat bukan memaksa rakyat meringan bebanan hidup dengan mencadangkan rakyat membuat dua kerja.
Jika ini cara penyelesaian kerajaan dalam menangani kesusahan hidup rakyat, apakah gunanya menteri-menteri ini yang mendapat keistimewaan sebagai pemimipin yang sepatutnya membela nasib rakyat.
loading...
loading...

0 Response to "Saranan ‘dua kerja’ bukti Najib dan Menteri tak fahami derita rakyat"

Catat Ulasan