SinarHairan

'Salah Mahathir Jika UMNO/BN Kalah Teruk PRU14'

loading...

PUTRAJAYA - Jika UMNO/Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, ia adalah disebabkan tindakan Tun Dr Mahathir, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh berkata demikian mengimbau kembali kata-kata bekas Perdana Menteri itu ketika siri jelajahnya pada PRU12 agar rakyat mengundi pembangkang untuk 'mengajar' UMNO/BN.

Katanya, tindakan Tun Dr Mahathir itu telah menyebabkan BN telah kehilangan lima negeri dan itu adalah pertama kali BN menerima kekalahan yang besar.

Justeru, perkara yang sama juga akan berulang pada PRU14 disebabkan tindak tanduk Tun Dr Mahathir pada ketika ini yang langsung tidak membantu Kerajaan UMNO/BN, katanya.

Malangnya, kenyataan Salleh Keruak yang dimuat di laman blognya itu dikritik netizen kerana PRU14 belum lagi berlangsung namun sudah menunding jari pada Tun Dr Mahathir.

"Kesian. Salah penjilat kalau dah menjilat lebih sangat sampai benda yang tak betul dikatakan betul.

"Belum bertanding sudah terasa kekalahan kah Salleh? Jangan salahkan orang lain. Salahkan pentadbiran UMNO/BN itu sendiri. Tepuk dada tanya akaun bank. 

"Tun yang dapat derma RM2.6 bilion? Tun ke yang cipta 1MDB? Tun yang naikkan semua harga barang? Tun yang kenalkan GST ke? Tanpa Tun, kau ingat rakyat tak tahu ke? Pergi jilat balik presiden kaulah!," kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "'Salah Mahathir Jika UMNO/BN Kalah Teruk PRU14'"

Catat Ulasan