loading...
PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata Kerajaan tidak dapat menurunkan harga barangan atau perkhidmatan kerana harga barangan bergantung kepada kuasa pasaran, lapor The Malaysia Insider.
Menurutnya, Putrajaya hanya menangani isu itu dengan menambah pendapatan rakyat, bukannya mengurangkan harga.
"Oleh itu, insiatif kerajaan bukan dengan menurunkan harga tetapi membantu rakyat dari aspek pendapatan. Ada beza antara ini dan kos sara hidup.
"Kita harus faham, kos barangan yang rakyat minta kurangkan tidak dikawal oleh kerajaan. Penawaran dan permintaan terpulang kepada peniaga," katanya yang ditemui di PAU 2015 di PWTC, hari ini.
"Perlu ada keseimbangan antara memperkenalkan cara hidup yang lebih baik dan peningkatan kos. Ia tidak dapat dielakkan jika negara mahu mencapai status negara maju dengan mempunyai infrastruktur yang sangat baik," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Putrajaya Tak Dapat Turunkan Harga Barang' - Hamzah"
Catat Ulasan