SinarHairan

Polis Salahguna Akta Hasutan....

loading...

DAP Johor menyifatkan penahanan dan penggunaan Akta Hasutan 1948 keatas seorang wanita hanya kerana mengkritik polis sebagai tindakan yang tidak munasabah.
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata polis tidak mempunyai sebab yang kuat dan munasabah yang memaksa polis mengenakan Seksyen 4(1) akta tersebut, yang membawa hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau kedua-dua sekali, keatas wanita itu.
“Akta Hasutan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya apatah lagi disalahgunakan,” tegas Chin Tong dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Chin Tong dalam kenyataannya turut menggesa polis supaya melepaskan wanita itu dengan kadar segera.
Peniaga Melayu berusia 44 tahun dari Taman Seri Impian, Johor Bahru itu ditahan polis sekitar jam 12.00 tengah malam 25 Disember lepas selepas beliau mendedahkan kejadian anggota polis memukul anaknya dan meminta wang.
Beliau membuat dakwaaan itu melalui laman sosial Facebook. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata wanita itu ditahan kerana telah menimbulkan persepsi buruk kepada orang awam terhadap polis.
“Suspek bertindak demikian kerana anaknya telah ditangkap pada 29 November lalu atas kesalahan memiliki motosikal curi.
“Kes telah dibawa ke mahkamah dan masih dalam perbicaraan. Disebabkan tidak berpuas hati suspek telah menghina polis di laman sosial facebook milik suspek,” kata Laham, memetik laporan media.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengingatkan polis bahawa penahanan wanita itu menyerupai tindakan yang menghalalkan cara dan bertentangan dengan semangat demokrasi.
“Pihak polis tidak sekali-kali berada lebih atas dari sebarang kritikan yang mungkin diberikan oleh rakyat,” tegas Omar.
Beliau juga mengingatkan bahawa keterlibatan anak wanita itu dalam kes curi motosikal, sekiranya benar, bukan tiket untuk pemerasan duit atau penggunaan kekerasan tanpa sebab munasabah. – Free Malaysia Today
loading...
loading...

0 Response to "Polis Salahguna Akta Hasutan...."

Catat Ulasan