SinarHairan

Laporan Pekerja Zoo Hamilkan Orang Utan Adalah Palsu

loading...

JAKARTA - Heboh di media sosial mendakwa seorang pekerja zoo telah melakukan serangan seksual terhadap Orang Utan bernama Marilyn sehingga hamil, mencetuskan pelbagai kecaman dan kritikan dari netizen. Bagaimanapun, pihak zoo tampil menafikan dakwaan itu dan sekali gus berita yang tersebar sebelum ini dianggap palsu.

Ketua Zoo, Heri Purwanto mengesahkan berita yang tersebar itu adalah palsu dan menafikan zoo berkenaan mempunyai Orang Utan bernama Marilyn, lapor mStar Online.

"Kesemua laporan yang tersebar itu adalah palsu. Kami tidak mempunyai Orang Utan bernama Marilyn atau kakitangan bernama Abdoel Hakim. Saya boleh pastikan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memfitnah zoo ini," tegasnya, lapor Tribunnews.com semalam.

Terdahulu, seorang penjaga zoo di Surabaya yang berusia 38 tahun dilaporkan telah ditahan selepas didapati melakukan hubungan sejenis terhadap haiwan berkenaan. Laporan itu juga mendakwa, perbuatan suspek telah dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

0 Response to "Laporan Pekerja Zoo Hamilkan Orang Utan Adalah Palsu"

Catat Ulasan