loading...
Hati mana tidak tersentuh apabila melihat foto seorang ibu menunggang motorsikal bersama dua orang anaknya yang masih kecil. Seorang diletakkan di belakang pada kerusi ‘khas’ yang dipasang manakala seorang lagi didukung pada bahagian hadapan.Menerusi bacaan kami wanita ini sebenarnya dari Kuala Kangsar Perak menuju ke Kuala Lumpur. Namun ada kisah disebalik foto yang menjadi viral ini.
Selepas beberapa keping foto ibu ini mulai viral di laman sosial, netizen tidak putus-putus melahirkan rasa simpati malah ramai yang bertanya bagaimana mahu menyampaikan bantuan kepada dirinya.Wanita ini dikhabarkan seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan suami lalu dan kini menetap di Kuala Kangsar Perak sejak beberapa bulan yang lalu.
Ini dibuktikan menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Seorang pengguna media sosial, Norassidah Mohammed memaklumkan bahawa dirinya pernah menghulurkan bantuan kepada wanita ini.
Update terbaru daripadanya mengatakan bahawa ibu tunggal ini telah pun sampai ke destinasi yang dituju dan kini berada bersama sepupunya.
Sumber asal : OH BULAN
loading...
loading...
0 Response to "Kisah Sebenar Wanita Bawa 2 Anak Naik Motor Dari Perak Ke KL…"
Catat Ulasan