loading...
Kuala Lumpur: Pelakon Fatihah Latiff, 28, mengesahkan hubungan cintanya dengan Aiman Hakim Ridza, 26, sudah berakhir dua minggu lalu. Biarpun mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat, pelakon itu menjelaskan dia reda dengan ketentuan Tuhan. "Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman." Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang.
"Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitulah saya reda andai ini takdir kmi," katanya kepada BH Online.
Pelakon itu yang popular dengan drama bersiri, Dia Isteri Luar Biasa, enggan lagi memanjangkan episod kisah cintanya dan membuat keputusan untuk berpisah secara baik. Fatihah juga memilih untuk memberi fokus kapada kerjayany seni dan menjelaskan dia sesekali tidak akan bermusuh dengan bekas teman kekasihnya itu. "Saya sendiri tidak mahu orang jejak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan. Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. "Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh," kata Fatihah yang menjadi kekasih kepada artis lelaki berkenaan selama tiga tahun.
loading...
loading...
0 Response to "Kisah Percintaan Pelakon Neelofah Latiff Dan Aiman Hakim Ridza Sudah Berakhir."
Catat Ulasan