SinarHairan

Jual Pakaian Sekolah Bawah RM10 Kini Trending

loading...

Musim sekolah bakal bermula tidak beberapa lama lagi, sudah tentu ibu bapa sibuk membeli kelengkapan sekolah anak masing-masing. 

Tetapi, dek perlaksanaan GST sejak April lalu dan kenaikan harga sana sini, sudah tentu membuatkan ibu bapa bimbang kos membeli barangan kelengkapan sekolah anak-anak meningkat. 

Namun, Ang Kel Dut, melalui laman Facebooknya menyeru ibu bapa yang masih mencari pakaian sekolah yang murah datang ke gudang mereka. 

Menurutnya, baju sekolah bagi pelajar sekolah menengah atau rendah, semuanya dijual bermula dari harga RM5.00 ke RM9.90. 

"Baju sekolah serendah RM5.00 ke RM9.90. Sekolah rendah, sekolah menengah, semua harga RM5 ke RM9.90. Kepada abang-abang, kakak-kakak yang sedang mencari baju sekolah anak-anak yang murah-murah, datanglah ke gudang kami bertempat di Lot 1910, kawasan perindustrian Kampung Baru Balakaong, 43300 Seri Kembangan Selangor. Bersebelahan Jordone Corporation. Bermula 21 sehingga 31 Disember. Masa dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Datanglah beramai-ramai," katanya. 




Alhamdulillah, mujur ada pihak yang masih prihatin dengan nasib rakyat. 

Bagi ibu bapa yang belum membeli pakaian sekolah anak-anak, tunggu apa lagi? Serbulah gudang Ang Kel Dut segera! - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jual Pakaian Sekolah Bawah RM10 Kini Trending"

Catat Ulasan