SinarHairan

SUBHANALLAH..Jemaah jumpa bayi dihurungi semut masit bertali pusat...

loading...
Batu Pahat - Polis sedang mengesan ibu bapa kepada bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan dihurungi semut di Masjid Jamek Baitul Rahman, Sungai Tongkang Rengit, Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh jemaah masjid kira-kira 4.30 pagi, Isnin lalu.

“Kami percaya bayi terbabit ditinggalkan dalam tempoh tidak sampai sehari dilahirkan berdasarkan tali pusatnya yang masih belum dipotong.

"Polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan individu yang dipercayai meninggalkannya di situ berdasarkan keterangan saksi dan beberapa maklumat lain," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "SUBHANALLAH..Jemaah jumpa bayi dihurungi semut masit bertali pusat..."

Catat Ulasan