SinarHairan

Sayu...Pelajar kolej maut digilis lori, diseret 15 meter...

loading...
Seorang penuntut Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda-Tech) Nibong Tebal di sini, maut selepas digilis sebuah lori dan diseret sejauh 15 meter dalam kejadian langgar lari di Jalan Baru, Perai, di sini semalam.




Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa Nurul Farhana Abdullah, 18, yang me­nunggang motosikal seorang diri dari arah Seberang Jaya ke Bukit Mertajam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.

Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintenden Tan Boon Hooi berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa di lorong kiri bergesel dengan sebuah lori dari arah yang sama.

Menurutnya, mangsa yang terjatuh kemudiannya dipercayai digilis lori tersebut.

“Pemandu lori terbabit dikatakan tidak memberhentikan kenderaannya dan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Boon Hooi memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam di sini untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan.

“Saya meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pemandu lori bernombor pendaftaran PJS 9417 untuk tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah Boon Hooi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
loading...
loading...

0 Response to "Sayu...Pelajar kolej maut digilis lori, diseret 15 meter..."

Catat Ulasan