loading...
Dua wanita kini sedang diburu pihak berkuasa di Washington D.C selepas video mereka melakukan gangguan seksual terhadap seorang lelaki tersebar.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka di sana, kedua-dua orang wanita itu dilihat cuba mengganggu dan mencabul seorang lelaki di situ dengan membuat aksi ghairah dan meraba-raba tubuh badan lelaki itu.
Lelaki yang sedang bercakap dengan telefon bimbit itu dilihat cuba mengelak namun dia terus dicabul oleh dua wanita terbabit.
Mereka juga dipercayai tidak mengenali antara satu sama lain dan kedua-dua suspek kini berhadapan dengan hukuman penderaan seksual tahap ketiga termasuk berkelakuan tidak senonoh, mencabul seseorang, mengancam keselamatan diri dan menculik.
loading...
loading...
0 Response to "Rakaman CCTV Dua Orang Wanita Mencabul Seorang Lelaki Di Pusat Membeli Bela Tersebar Di Laman Sosial."
Catat Ulasan