SinarHairan

Pelakon & Pasangan Mengaku Berkhalwat...

loading...
Pelakon, Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, masing-masing didenda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.



Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menjatuhkan hukuman tersebut dan memerintahkan mereka dipenjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda.

Putri Mardiana dan Shahrizam masing-masing membayar denda berkenaan.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Jun lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08, Jalan UP 1/1D, Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, dekat sini pada pukul 3.03 pagi, 14 Disember 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau ke­dua-duanya. - UTUSAN ONLINE 
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Pelakon & Pasangan Mengaku Berkhalwat..."

Catat Ulasan