SinarHairan

[GAMBAR & VIDEO] Sayu...Empat Sahabat Mati Lemas Selamat Dikebumikan..AL-FATIHAH..

loading...
Kira-kira 300 penduduk flat Taman Putra Damai Lembah Subang hadir di Masjid Ara Damansara untuk memberi penghormatan terakhir dan bersama-sama berkongsi kesedihan waris empat sahabat yang lemas di Tasik Ara Damansara, di sini, semalam.

Empat sahabat itu dimandi dan disembahyangkan di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Jenazah Raja Iskandar Shah Raja Shukri Amrun, 12, tiba di masjid itu pada 12 tengah hari sebelum dibawa ke Sabak Bernam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gatal, Sungai Besar, Sabak Bernam 1.45 petang tadi.

Jenazah Hafiz Hakimi Jasaburi, 14, tiba di masjid sama pada 1 tengah hari tadi, manakala jenazah Norasyikin Jamil, 12, tiba 3.30 petang tadi. Jenazah Mohd Fikry Mohamad Ady, 14, masih di Pusat Perubatan Universiti Malaya setakat 4 petang tadi.

Jenazah Hafiz Hakimi, Mohd Fikry dan Norasyikin dijangka dikebumikan serentak selepas Asar dalam liang lahad berasingan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara.

Dalam kejadian 4.45 petang semalam, empat sahabat itu lemas di tasik berkenaan manakala seorang lagi iaitu adik Mohd Fikry, Mohd Huzain berjaya diselamatkan.

Mohd Huzain berkata, abangnya cuba mengambil selipar Norasyikin yang terjatuh ke dalam tasik itu tetapi lemas sebelum cuba diselamatkan tiga lagi rakannya dan berakhir dengan keempat-empatnya lemas.

Mohd Huzai turut terjun ke dalam tasik itu untuk menyelamatkan abangnya dan turut lemas sebelum diselamatkan dua pengawal keselamatan. - HM

****
Jenazah empat sahabat yang lemas di Tasik Ara Damansara, di sini, semalam, selamat dikebumikan, petang tadi. 

Jenazah Mohd Fikry Mohamad Ady, 14, Hafiz Hakimi Jasaburi, 14 dan Norasyikin Jamil, 12, dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara, di sini, manakala jenazah Raja Iskandar Shah Raja Shukri Amrun, 13, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gatal, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Terdahulu, semua jenazah tiba di Masjid Ara Damansara untuk dimandi dan disolatkan selepas selesai bedah siasat di Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sementara itu, pengurus jenazah Hafizah Mohd Yatim berkata, semua kos urusan pengebumian ditanggung sepenuhnya pihak Masjid Ara Damansara menerusi sumbangan penyelaras wakil rakyat.

Menurutnya, lebih 300 masyarakat setempat turut hadir bagi memberikan sokongan terutamanya kepada waris empat mangsa lemas itu yang berhadapan dugaan berat dan saat menyedihkan.

Dalam kejadian 4.45 petang semalam, empat sahabat itu lemas di tasik berkenaan manakala seorang lagi iaitu adik Mohd Fikry, Mohd Huzain berjaya diselamatkan.

Mohd Huzain berkata, abangnya cuba mengambil selipar Norasyikin yang terjatuh ke dalam tasik itu tetapi lemas sebelum cuba diselamatkan tiga lagi rakannya dan berakhir dengan keempat-empatnya lemas.

Mohd Huzai turut terjun ke dalam tasik itu untuk menyelamatkan abangnya dan turut lemas sebelum diselamatkan dua pengawal keselamatan.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "[GAMBAR & VIDEO] Sayu...Empat Sahabat Mati Lemas Selamat Dikebumikan..AL-FATIHAH.."

Catat Ulasan