loading...
Malam tadi sekitar jam 9, chef selebriti Nik Michael Imran sah bergelar suami kepada Siti Nadiah Shahril. Pasangan suami isteri sebaya berusia 26 tahun ini bernikah di kediaman keluarga Nadiah di Mines, Sri Kembangan. Turut kelihatan pada majlis itu beberapa orang teman artis seperti Sazzy Falak dan Yasmin Hani. Pasangan ini dinikahkan bapa Nadiah dan diraikan sekitar 200 orang tetamu. Majlis persandingan akan diadakan hujung minggu ini.
Menurut Nik Michael, dia mengenali isterinya sejak 2005. "Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya," katanya yang pernah menjadi juri program hiburan masakan, Kan Cheong Kitchen di 8TV. Nik juga pemilik restoran Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas.
loading...
loading...
0 Response to "[5 GAMBAR] Chef Nik Michael Sah Suami ..."
Catat Ulasan