SinarHairan

Pilu..Muhammad Irfan selamat dikebumikan..

loading...
Butteworth: Jenazah bayi berusia 11 bulan yang menghidap penyakit hati kronik, Muhammad Irfan Afendi Nor Izuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, di sini, hari ini.

Sebelum itu, jenazah dibawa pulang dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke kediaman ibu bapanya di Taman Desa Murni, di sini dan diziarah keluarga, jiran dan individu yang mengikuti perkembangan bayi lelaki itu sejak awal.


Muhammad Irfan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HPP, kira-kira 2 petang semalam akibat demam panas.

Ibunya, Habibah Daud, berkata, walaupun perit dengan kehilangan anak tunggal mereka, dia dan suaminya, Nor Izuan Md Noor,35 bagaimanapun redha dengan ketentuan illahi dan perlu banyak bersabar memandangkan sedang mengandung lima bulan anak kedua.

"Irfan pergi dalam keadaan belum sempat melihat adiknya dilahirkan namun saya redha kerana di sebalik takdir ini Allah kurniakan saya seorang anak lagi sebagai mengubati rindu kepada arwah," katanya.

Harian Metro pernah menyiarkan kisah hidup bayi lelaki itu sehingga pelbagai pihak tampil membantu keluarga berkenaan selain ada yang menawarkan untuk menderma sebahagian organ hati.

***********

Bayi 11 bulan, Muhammad Irfan Afendi Nor Izuan yang menghidap penyakit hati kronik meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira 2 petang tadi.

Irfan dilaporkan kritikal sejak semalam berikutan suhu badannya meningkat mendadak dan terpaksa dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ibunya, Habibah Daud,24, berkata, dia dan suami Nor Izuan Md Noor, 35, reda dengan pemergian bayi mereka.

"Sebelum ini Irfan dirujuk di Hospital Selayang, Selangor Ogos lalu dan dipindahkan ke HPP selepas Aidiladha untuk rawatan lanjut.

"Pada mulanya keadaannya stabil namun suhu badannya meningkat dan terus dimasukkan ke ICU namun disahkan meninggal dunia petang tadi," katanya.


loading...
loading...

0 Response to "Pilu..Muhammad Irfan selamat dikebumikan.."

Catat Ulasan