loading...
GEMPAR! Video sadis yang memaparkan empat orang wanita yang dibogelkan, diikat, dipukul dan dibakar oleh penduduk telah tersebar secara meluas menerusi internet.Mereka didera dan diperlakukan sedemikian kerana kononnya dipercayai telah ‘mengambil’ jantung daripada seorang lelaki dengan kaedah yang tersembunyi untuk tujuan jahat.
Lelaki yang menjadi mangsa itu tinggal di sebuah perkampungan di wilayah Enga serta dikatakan telah jatuh sakit pada Ogos lalu dan ‘ahli sihir’ itu dituduh menjadi dalang kejadian tersebut.
Menerusi video yang tersebar itu memperlihatkan beberapa wanita yang berada dalam keadaan telanjang dipukul dan diugut dengan parang oleh orang ramai yang sedang berang.
Penduduk yang marah dengan wanita tersebut mengugut dan salah seorang daripada mereka kedengaran berkata, “Jangan hanya pukul mereka, bakar sahaja mereka.”
Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya seorang daripada wanita itu dikatakan mati daripada insiden itu, namun masih tiada pengesahan mengenainya lagi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Sumber
loading...
loading...
0 Response to "KEJAM GILA!!! ‘Ahli Sihir’ Diikat, Didera, Dibakar Di Papua New Guinea.."
Catat Ulasan