loading...
2 Anggota Polis Cedera Di Tembak Ketika Cuba Berkas Penjenayah | Dua anggota polis cedera selepas terkena tembakan ketika cuba memberkas dua suspek dadah di tepi jalan di Pusat Komersial Salut berhampiran bulatan Jalan Sepanggar, petang semalam.Ganbar Hiasan- 2 Penjenayah bersenjata di Sabah berjaya di berkas |
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah membuat operasi dan terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan kejadian.
"Anggota polis kemudian memperkenalkan diri sebelum kedua-dua lelaki cuba melarikan diri lalu berlaku pergelutan sebelum seorang suspek diberkas manakala seorang lagi melarikan diri ke arah bukit.
"Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas suspek yang ditahan, tiba-tiba bunyi tembakan dipercayai daripada rakan suspek yangg diberkas menyebabkan anggota polis membalas untuk mempertahankan diri dan selepas situasi kembali tenang, dua anggota polis mengalami kecederaan akibat terkena tembakan," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas suspek berusia 27 tahun warga Filipina menemui dua paket disyaki dadah jenis syabu.
sumber
http://ift.tt/1FIqfmJ
loading...
loading...
0 Response to "2 Anggota Polis Cedera Di Tembak Ketika Cuba Berkas Penjenayah"
Catat Ulasan