SinarHairan

Anwar Shafie berbincang agihan kerusi PRN Sabah

loading...
Dua bakal PM Malaysia...Magsukul....
Anwar jumpa Shafie bincang agihan kerusi PRN Sabah

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu dengan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, esok untuk membincangkan pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

B eliau berkata, pihaknya akan membincangkan perkara terbabit demi untuk menyampaikan hasrat parti itu dengan WARISAN selaku parti sekutu.


"Esok saya akan berbincang dengan Shafie dan sampaikan hasrat kepimpinan tertinggi.

"PKR arus diberikan ruang sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah dan juga harus diberi peluang yang baik.

"Menjadi tanggungjawab PKR untuk mendapatkan kerusi dengan adil dan saksama," katanya.

Anwar berkata, pihaknya tidak meletakkan syarat tertentu seperti suku kaum atau agama untuk menjadi calon.

"Semua anak kita dari apa-apa pun suku kaum dan agama adalah calon. Pastikan kita pilih calon yang baik, berwibawa dan berintegriti.

"Kita juga harus pastikan calon baik PKR atau rakan (parti sekutu) dapat bekerja sebagai satu pasukan.

"Kemudian kita dan rakan juga harus bekerja untuk memenangkan calon dan bukan hanya sekadar kita menangkan kerusi, lepas itu lompat kemudian ada harga pula," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

Anwar berkata, jentera pilihan raya parti itu sudah bersiap sedia dan akan turun gelanggang mulai esok.

"Gendang sudah dipalu ...jadi calon atau tidak, kita kena sama-sama rempuh kerana ini pilihan raya penting dan kita mahu PKR Sabah mencatat sejarah.

"Semua kerusi yang ditandingi harus dimenangi dengan bergaya...Insya Allah. Saya dan semua pimpinan serta Ahli Parlimen akan turun membantu pada pilihan raya ini," katanya.


Anwar berkata, setiap cabang parti itu sudah bersiap sedia dan mengadakan latihan sejak berbulan di seluruh negara.

loading...
loading...

0 Response to "Anwar Shafie berbincang agihan kerusi PRN Sabah"

Catat Ulasan