SinarHairan

#IMPIAN TERCAPAI ~ Sepuluh tahun Ippo Hafiz menanti Siti Nurhaliza

loading...
Ippo Hafiz sudah lama memendam hasrat mencipta lagu untuk dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Selepas hampir sedekad menunggu, impian Ippo Hafiz mahu penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan karya ciptaannya menjadi kenyataan.


Single berjudul Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo dan lirik Siti Rosmizah antara karya yang dimuatkan dalam album terbaharu Siti berjudul ManifestaSITI2020 yang dilancarkan, baru baru ini.

Single berkenaan turut dijadikan runut bunyi drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua.

 "Siapa tak pernah tertawan mendengar lenggok lantunan Siti. Saya sudah lama menyimpan hasrat mencipta lagu untuk beliau. Ia akhirnya jadi kenyataan biarpun hampir 10 tahun menunggu.
 "Penghasilan konsep muzik lagu ini sebenarnya lebih kepada membawa kembali elemen pop 1990-an, yakni sejak awal kemunculan Siti di persada seni suara. 
 "Saya percaya single Aku Bidadari Syurgamu ini boleh dianggap sebagai hadiah buat peminatnya yang mendambakan lagu balada," katanya kepada BH Online. 
 Mengimbas kerjasama terjalin, Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz mendapat kepercayaan penerbit drama7 Hari Mencintaku 2 yang juga penulis lirik lagu berkenaan.

 "Siti Rosmizah mempelawa saya untuk bekerjasama. Apabila demo single berkenaan siap, saya hantar kepada pengurusan Siti untuk dinilai. Seterusnya, label muzik saya, MVM Production meneruskan perbincangan bersama mereka. 

 "Apapun, terima kasih kepada Siti kerana sudi memberikan ruang dan peluang indah ini. Saya berharap single ini akan terbang tinggi di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei," katanya.



Dalam perkembangan lain, Ippo baru saja muncul dengan single baharu berjudul Ainaa.

Single itu ciptaannya bersama Hafiz Mahamad.

 "Video muzik single ini sudah mendapat sejuta tontonan di YouTube. Ia juga dimasukkan menghiasi lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku 2. 
 "Single ini menceritakan kisah cinta Hafiz Mahamad kepada isterinya Aina. Daripada zaman berkenalan hingga membina bahagia bersama. 
 "Hafiz datang berjumpa saya untuk menerbitkan lagu ini, selain mengolah melodi menjadi lebih baik," katanya. 

 -BH Online

loading...
loading...

0 Response to "#IMPIAN TERCAPAI ~ Sepuluh tahun Ippo Hafiz menanti Siti Nurhaliza"

Catat Ulasan