SinarHairan

COVID-19: Tawau kini zon hijau!

loading...
Seorang lagi pesakit jangkitan wabak itu yang dilaporkan telah sembuh dan discaj di negeri ini adalah daripada Tawau.
COVID-19 : TAWAU SIFAR KES AKTIF, KINI ZON HIJAU

Tawau menjadi daerah terbaru dikategorikan sebagai zon hijau selepas kes Covid-19 aktif kebolehjangkitan di daerah berkenaan kini sifar.

Ini selepas seorang lagi pesakit jangkitan wabak itu yang dilaporkan telah sembuh dan discaj di negeri ini adalah daripada Tawau.

Statistik terbaru yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, turut menyaksikan tiada pertambahan kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 359.


Sementara itu, jumlah daerah yang masih berada dalam zon kuning kerana masih mencatat kes aktif kini sebanyak empat iaitu Tuaran dan Penampang yang masing-masing mencatat dua kes manakala Kota Kinabalu dan Pitas masing-masing mencatat satu kes.

Dalam pada itu, tiada kes kematian baharu dicatatkan di Sabah hari ini dengan jumlah kes kematian kekal tujuh.


Sabah juga kekal negeri ketujuh terbanyak mencatatkan jumlah kes Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat 2,417, Selangor (1999), Negeri Sembilan (993), Johor (684), Sarawak (560) dan Pahang (365).


loading...
loading...

0 Response to "COVID-19: Tawau kini zon hijau!"

Catat Ulasan