SinarHairan

#ALFATIHAH ~ Abam Bocey Meninggal Kerana Demam Panas

loading...
Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, atas pemergiannya yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi tadi, dipercayai akibat demam panas.

Berita pemergian Allahyarham Abam disahkan rakan seperjuangan, Achey yang menjadi antara sahabat terawal dimaklumkan mengenainya.


"Saya diberitahu adik Abam, Ali Puteh bahawa arwah meninggal dalam tidur selepas waktu subuh tadi. Arwah meninggal dalam keadaan sangat baik. Saya dimaklumkan selepas subuh, arwah bangun sebelum membuat keputusan untuk tidur seketika. Namun tak sangka, tidurnya itu untuk selama lamanya," katanya yang bergegas ke rumah arwah selepas mendapat berita itu. 


 Achey berkata, arwah yang menganggotai kumpulan Bocey, dijangka dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

"Difahamkan, keluarga arwah mahu menunggu adik yang berada di Pulau Langkawi untuk pulang sebelum dikebumikan, petang nanti. Saya lihat isteri arwah reda dengan pemergiannya," tuturnya


 Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia lima bulan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Ali Puteh, Achey Bocey & Fad Bocey
loading...
loading...

0 Response to "#ALFATIHAH ~ Abam Bocey Meninggal Kerana Demam Panas"

Catat Ulasan