SinarHairan

Mimpi dikejar ular

loading...
mimpi dikejar ular


Kita selalu bermimpi dan bermacam-macam mimpi kita alami. Antara mimpi yang paling terkenal diperkatakan adalah mimpi berkaitan ular kerana mimpi sebegini sering dikaitkan dengan seseorang yang mungkin berkenan atau menaruh hati kepada kita.

Namun begitu, persoalannya sejauh manakah kebenaran mimpi berkaitan ular ini mempunyai maksud seperti yang diperkatakan? Adakah ianya hanya mitos atau sekadar paradoks? Mari kita rungkaikan dari beberapa sudut ataupun perspektif.

Menurut imam Ibnu Sirin,iaitu seorang tabi'in yang terkenal serta dikurniakan kelebihan mentafsir mimpi oleh Allah, berkata, seseorang yang apabila tersedar daripada mimpi buruk, hendaklah dia segera bertaqwa serta bertawakkal kepada Allah supaya mimpi tersebut tidak memberi mudarat kepadanya. Selain itu, Ibn Hajar al-‘Asqalani juga menyatakan bahawa mimpi terbahagi kepada dua bentuk iaitu mimpi yang benar serta mimpi yang merupakan mainan tidur. Menurutnya, mimpi yang benar adalah mimpi yang dialami oleh para Nabi serta orang-orang yang soleh manakala mimpi mainan tidur kebiasaannya adalah daripada gangguan syaitan ataupun Iblis. Namun begitu, terdapat juga mimpi disebabkan igauan yang boleh membawa sehingga ke dalam tidur. Contohnya jika seseorang itu sering berasa takut terhadap sesuatu perkara, kemungkinan di dalam mimpinya juga dia akan bermimpi perkara yang menakutkan tersebut ketika tidurnya.

Berbalik kepada tajuk perbincangan iaitu mimpi dikejar ular, menurut sebuah blog yang menggunakan nama pena Dian Andini, mimpi dikejar ular membawa dua maksud. Jika dikejar ular yang besar ianya membawa maksud kesihatan seseorang itu akan terjejas ataupun dia akan dihinggapi penyakit. Jika dikejar ular yang kecil pula, ia membawa maksud bahawa seseorang itu disukai oleh seseorang yang lain, atau dengan kata lain, dia akan segera bertemu jodoh.

Namun begitu, kita tidak boleh sepenuhnya berserah kepada apa yang telah ditafsir. Seeloknya, hendaklah kita sentiasa berserah kepada sang pencipta mimpi iaitu Allah S.W.T kerana hanya Dia sahajalah yang akan menentukan baik dan buruk sesuatu perkara itu, sementara kita pula mestilah sentiasa berusaha dan bertawakkal supaya setiap keburukan yang kita alami itu tidak sampai mendatangkan sesuatu yang tidak diingini di dalam kehidupan kita. Wallahu'alam. 


loading...
loading...

0 Response to "Mimpi dikejar ular"

Catat Ulasan