SinarHairan

#LUAHAN ~ Aku rasa terhina betul: Jalil Hamid

loading...
Jalil Hamid 

PELAKON Jalil Hamid meluahkan rasa kesal dan kecewanya dengan kadar bayaran yang diberikan oleh sebuah produksi kepada pelakon veteran sepertinya.

 Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya, Jalil memberitahu dia ditawarkan untuk memegang peranan utama yang memerlukannya menjayakan 12 babak daripada 16 babak secara keseluruhannya.

 Apa yang yang mengecewakannya apabila produksi terbabit hanya memperuntukkan bayaran sebanyak RM1500 sahaja untuk komitmen tersebut.



“Bila dah jadi artis veteran ni, rupa-rupanya dah jatuh nilai. Aku rasa terhina betul bila ada production house tawarkan peranan utama, 12 scene dari 16 scene, shooting day 2 hari, harga yang ditawarkan RM1500,” luahnya. 

 Tambah pelakon Bisik Pada Langit ini lagi, situasi tersebut membuatkan dia terasa seperti pengiktirafan yang diterimanya sebelum ini seperti tidak bermakna dan sia-sia.


“Terasa penat dan sia-sia pula mengumpul 7-8 Anugerah Pelakon Terbaik dan Popular selama hampir 40 tahun. 
 “Barangkali kerana aku tak ada bergelar Datuk atau Tan Sri. Atau kerana tidak tampan ataud handsome,” katanya kecewa. 

 Perkongsian tersebut mendapat maklumbalas daripada ramai pengikutnya di laman Instagram dan turut menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap diskrimiansi yang berlaku terhadap pelakon veteran dalam industri tanah air.

 Apa pun, semoga luahan Jalil mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang berkenaan agar memperbetulkan keadaan ini dan menilai semula tawaran dan bayaran yang sepatutnya diterima mereka.

sumber
loading...
loading...

0 Response to "#LUAHAN ~ Aku rasa terhina betul: Jalil Hamid"

Catat Ulasan