SinarHairan

#KENANGAN ~ Che Ta kongsi kenangan bersama arwah Mahadzir Lokman

loading...
Che Ta dan Allahyarham Mahadzir Lokman 

 PEMERGIAN bekas personaliti TV3, Datuk Mahadzir Lokman, Jumaat lalu memberi kesan buat keluarga dan sahabat handainya.

 Malah tidak kurang juga yang berkongsi kenangan-kenangan manis bersama Allahyarham, termasuklah pelakon jelita, Rozita Che Wan.

 Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya lewat petang semalam, wanita berusia 45 tahun ini memberitahu, Allahyarham menunaikan impiannya lima tahun lalu apabila bersetuju menjadi pengacara majlis perkahwinannya.

 Malah, kali terakhir dia berjumpa berjumpa figura berusia 61 tahun ini adalah setahun yang lalu.

 "Salam takziah dan al Fatihah. Salah satu wish untuk wedding kami dulu , memang nak sangat arwah jadi MC (pengacara majlis). Alhamdulillah, beliau sudi untuk memeriahkan wedding kami sebagai MC. 
 "Last kami jumpa, last year masa majlis berbuka, tak sangka itulah kali terakhir kami dapat jumpa arwah.
 "InnalillahiWaInnaIlahiRojiun. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya di sisi ALLAH. 
 "Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin," tulisnya. 

 Pada tahun lalu Mahadzir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

 Mahadzir atau lebih dikenali dengan panggilan Dale di kalangan keluarga dan teman rapat, meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 6 pagi Jumaat selepas menunaikan solat Subuh.

 Jenazah Allahyarham disemadikan di samping kubur ibunya, Datin Nina Khadijah dan bapanya, Datuk Lokman Musa.-SH
loading...
loading...

0 Response to "#KENANGAN ~ Che Ta kongsi kenangan bersama arwah Mahadzir Lokman"

Catat Ulasan