SinarHairan

"Jangan Letak Kaki Atas 'Dashboard' Kalau Taknak Kaki Hentam Muka Ketika Kemalangan", Ini Kesilapan Biasa Ramai Buat Ketika Jalan Jauh

loading...

Walaupun dah teruja dan tak sabar nak balik ke kampung, tapi jangan di lupa persediaan keselamatan yang perlu dititikberatkan sepanjang perjalanan di atas jalan raya.

Ramai sebenarnya diantara kita tidak sedar, tabiat yang selalu dilakukan itu boleh mengundang padah.  Contohnya seperti menyimpan bagasi ataupun barang-barang yang dibawa tanpa disusun serta diikat dengan betul.  Tabiat ini boleh membawa bahaya jika berlakunya kemalangan menyebabkan bagasi tersebut boleh menghentam penumpang.

Kami kongsi beberapa beberapa lagi kesilapan yang biasa dilakukan serta panduan seperti dibawah yang boleh anda ikut sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman.

Anda sekeluarga akan balik kampung cuti perayaan ini?

Banyak barang-barang yang perlu dibawa bersama?

Tonton video berdurasi 2:47 minit daripada ADAC (Allgemeiner Deutscher Automobil-Club), sebuah kelab automotif di Jerman, untuk mengetahui bagaimana cara paling selamat untuk anda pulang ke kampung halaman dengan barang-barang tersebut.


Pelbagai kesilapan orang ramai dalam perjalanan jauh adalah seperti:
  • Meletakkan kaki di atas papan pemuka (dashboard) - menyebabkan kaki tersebut menghentam muka penumpang terbabit ketika kemalangan berlaku.
  • Meletakkan barangan tanpa disusun dan diikat.
Antara nasihat ADAC ketika perjalanan jauh adalah:
  • Menggunakan tali pengikat untuk mengikat kemas semua bagasi.
  • Gunakan tali pinggang keledar di tempat duduk yang tiada penumpang untuk mengikat barang lain yang besar seperti kerusi lipat.
  • Semua barang-barang berat diletakkan paling bawah atau dirapatkan ke bahagian penyandar kerusi penumpang belakang di bahagian kargo. Ia juga boleh diletakkan di tempat letak kaki.
  • JANGAN LIPAT Kerusi penumpang belakang jika tidak digunakan kerana ia boleh dijadikan dinding penyelamat untuk mengelakkan barang-barang yang disimpan di tempat kargo menghentam penumpang di bahagian kabin.
  • Barang-barang kecil perlu diletakkan di dalam kotak, manakala barangan mudah pecah perlu dibungkus dengan selimut tebal.
  • Tutup keseluruhan barangan di bahagian kargo dengan selimut tebal atau gunakan tali pengikat dan ikatnya secara silang.
  • Jangan gunakan sebarang bekas minuman atau makanan diperbuat dari kaca di dalam kabin kereta!


Tips Tambahan:
  • Kemas beg-beg pakaian dan barangan lain lebih awal dan kumpulkan ia terlebih dahulu. Ambil sedikit masa untuk merancang bagaimana ingin menyusun setiap benda ke dalam kenderaan.
  • Perkara paling penting adalah memastikan kesemua penumpang di dalam kenderaan memakai tali pinggang keledar bagi yang dewasa manakala kanak-kanak bawah 12 tahun harus memakai kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul!
  •  Jika penumpang ingin tidur ketika perjalanan, dia harus tidur dalam keadaan duduk dan memastikan kedudukan tali pinggang keledar adalah pada lokasi yang tepat di bahu dan di pinggul.
  •  Sebaiknya berhenti setiap 2 jam untuk berehat.


Semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju!

loading...
loading...

0 Response to ""Jangan Letak Kaki Atas 'Dashboard' Kalau Taknak Kaki Hentam Muka Ketika Kemalangan", Ini Kesilapan Biasa Ramai Buat Ketika Jalan Jauh"

Catat Ulasan