SinarHairan

Piala Dunia Rusia 2018 Akan Disiarkan Secara Langsung Oleh RTM

loading...

Berita baik untuk peminat sukan bola sepak di Malaysia selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perkara ini diumumkan oleh beliau ketika ditanya oleh pihak ditemui media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

"Hingga kini kita maklumkan yang Piala Dunia akan disiarkan di TV1 dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian, cadangan ini telah dibawa ke Kabinet pagi tadi dan diluluskan" kata beliau.

Beliau sebelum ini telah mengemukan cadangan kepada pihak Kabinet untuk meminta kebenaran hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018  yang bermula 14 Jun hingga 15 Julai untuk disiarkan oleh pihak RTM. - Siakapkeli.my
loading...
loading...

0 Response to "Piala Dunia Rusia 2018 Akan Disiarkan Secara Langsung Oleh RTM"

Catat Ulasan