SinarHairan

INILAH NEGARA PALING KECIL DI DUNIA

loading...
Mungkin pasti ramai yang tidak pernah mengetahui tentang kewujudan Sealand yang merupakan negara yang paling kecil di dunia yang terletak di tengah-tengah laut, sekitar 13 kilometer dari Suffolk, United Kingdom. Luasnya hanya 4 km persegi.
Sealand bukan sebuah pulau, melainkan struktur bangunan di tengah laut yang didukung oleh dua menara besar. Jadi tak ubah seperti rig gerudi minyak. Walau tanpa perlombongan minyak tentunya.
Lokasi Sealand yang terletak 13 km daripada pantai UK. Struktur ini dibina oleh Tentera Laut Kerajaan Inggeris. Namun pada tahun 1968 mahkamah memutuskan struktur tersebut berada di wilayah perairan antarabangsa, dan ertinya di luar bidang kuasa Inggeris.
Kemudian datanglah sekumpulan orang dari Belanda ingin mengambil alih Sealand. Seorang lelaki bernama Michael Bates melawan dengan menggunakan helikopter. Bates menang, dan ia menobatkan diri sebagai Pangeran Sealand.
Bukannya sebuah pulau, sebaliknya Sealand merupakan sebuah negara yang terletak di atas struktur yang dibina di tengah-tengah lautHebatnya, Sealand mempunyai setem sendiri, lagu kebangsaan, wang, hingga bendera kebangsaan. Ironis, kewujudan Sealand jadi polemik bagi dunia antarabangsa.
Negara ini tidak menjadi anggota PBB, dan pada tahun 1987 Inggeris memperluaskan wilayah perairannya hingga mendakwa Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggeris.Bendera Sealand berkibar megah di atas pelantar iniSealand dikawal ketat oleh pengawal yang dilantik khas untuk mengawal keselamatann negara tersebut.
Walaupun demikian Bates tetap melawan dan mengemukakan banyak hujah kalau Sealand sah menjadi negara yang berdaulat. Alasannya tetap, Sealand tidak masuk wilayah negara mana pun saat dibina. Tambahan pula, orang-orang Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyeru agar Bates membebaskan mereka. Ini bermakna, kalau Sealand bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut?
Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang. Nyatanya, kini hanya ada 4.

Sumber: sembangbimbang
loading...
loading...

0 Response to "INILAH NEGARA PALING KECIL DI DUNIA"

Catat Ulasan