SinarHairan

Sayu : Berehatlah dengan tenang Tan Sri .. Tan Sri SM Salim hembus nafas terakhir 5.45petang tadi

loading...
Hulu Kelang : Bintang legenda, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, kira-kira 5.45 petang tadi akibat sakit tua.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun dan meninggalkan isteri tercinta Puan Sri Aishah Abdul Ghani, tujuh anak serta 13 cucu.
Menurut isteri Allahyarham, dia dan anak-anak reda dengan pemergian penghibur tersohor itu kerana tidak sampai hati melihat kesakitan yang ditanggung selama ini.
"Saya yang melihatnya pun tidak sampai hati. Inikan pula dia yang merasai dan menanggung sakit yang dialami sejak 17 tahun lalu.
"Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi”€ katanya kepada Harian Metro.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Baru. Walaubagaimanapun, masa untuk pengkebumian belum ditetapkan.
loading...
loading...

0 Response to "Sayu : Berehatlah dengan tenang Tan Sri .. Tan Sri SM Salim hembus nafas terakhir 5.45petang tadi"

Catat Ulasan