SinarHairan

TIPS JIMAT BAGI MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN

loading...
Mungkin ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini. Disini saya cuma nak kongsikan sedikit sebanyak tips untuk jimat perbelanjaan mengikut pendapatan saya dan pasangan. Ia juga sekadar renungan tentang apa yang kita panggil KEPERLUAN dan KEHENDAK di majlis perkahwinan kita.




1. PELAMIN

Tak perlu la nak yang mahal-mahal dan grand. Bukan saya kata tak boleh, silakan jika anda mampu. Konsep dan tujuan pelamin sebenarnya adalah untuk bergambar. Berapa lama kita guna pelamin? Sejam? 4 atau 5 jam? Berapa kos? 2000? 3000? Kos pelamin yang saya gunakan untuk majlis kami ialah RM600. Itupun kami rasa agak membazir sebab tak sempat pun nak guna untuk bergambar. RM2000 habis dalam masa 5 jam? Then nak kumpul balik? Tak rasa rugi ke?

2. JURUGAMBAR ( PHOTOGRAPHER )

Untuk majlis kami, saya buat keputusan untuk minta tolong abang ipar je. Saya bagitahu just snap the moment dan tak perlu nak kelas-kelas, just snap. Anda fikir bila kita nak tengok balik gambar-gambar tu semua? Pendapat saya dalam sebulan dua kawin nak la tengok. Then? Berhabuk dalam almari. Banyak pakej-pakej fotografi diluar sana yang menawarkan sampai ke harga 2k ke 3k. Bukan kata tak boleh, silakan jika anda mampu. Pendapat saya, mintak tolong saja kawan-kawan yang pandai ambil gambar, bagilah upah 100 200 untuk soft copy dan simpan dalam CD atau simpankan juga dalam Google Drive. Settle! Kalau nak tengok balik bukak je laptop. Nah!, berapa banyak anda jimat?

3. BAJU PENGANTIN

Yang ni optional, sama macam konsep pelamin. Berapa lama anda nak pakai? Paling lama pun untuk akad nikah 2jam lepas tu bersanting 4 ke 5 jam. Kos swa baju RM500? Itu pun yang agak murah. Apa yang kami buat dengan RM500 tu boleh beli sendiri baju yang dah siap. Dah cukup cantik dah. Serius! Anda pilih anda habis RM500 dalam masa 6 jam atau anda dapat guna lagi baju tu untuk majlis makan malam lepas ni? Tapi kalau beli baju jangan la beli yang liplap-liplap. Cukup yang bersahaja (simple).

Dalam kes saya dan pasangan, baju akad nikah kami guna yang abang ipar dan kaka saya yang dulu. Alter sikit-sikit sudah. Modal RM50 je. Kan nak pakai 2 jam je? Lepas tu baju untuk bersanding kami beli kain dan hantar pada tukar jahit. Upah pun tak berapa mahal sebab saya buat baju melayu biasa dan isteri saya buat baju yang simple. Done! Still habis RM500 tapi baju tu adalah hak milik kami. STILL... Boleh je nak sewa yang harga RM1000 pun kalau anda mampu.

4. KAD KAHWIN

Yang ni pula, apa tujuan kad kahwin? Nak bagi orang tahu tarikh, tempat, nombor telefon dan siapa yang kahwin. Betul kan? Berapa lama diorang tengok? Kejap je, lepas tu? Diorang simpan buat kenangan tak? Hampeh! Comfirm buang punye lepas majlis. Jadi tak payah nak kad yang mahal-mahal, wangi-wangi, warna bling-bling bagai. Buat yang murah-murah je, janji maklumat sampai.

5. HANTARAN

Untuk hantaran pula, letaklah atas par hantaran tu barang-barang yang memamng kita akan pakai dan barang-barang yang mengikut kemampuan kita. Pedulikanlah apa orang nak kata. "Eh, murahnya.. Eh, keciknya.  Eh, besarnya.. Eh, tak cantik la...." . Mind Set kita kena kuat. Kalau kita biasa pakai barang harga RM20, letak je yang tu. STILL.... kalau anda mampu, tak salah pun nak letak handbag LV kat situ.


Ini sekadar pendapat melalui pengalaman. Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar walaupun sederhana. Kalau korang semua mampu, silakan. Tapi kalau mampu tu janganlah sampai perlu buat pinjaman/loan semata-mata nak kahwin. Biarlah kita buat loan untuk harta, macam kereta, rumah. Tapi kalau untuk kahwin, saya kurang bersetuju. Ini pendapat sahaja, tak ikut tak ada masalah.

Salam pengantin baru kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan dari saya dan pasangan.


*Cerita dan pendapat ini dipetik dari laman Facebook Faizal Khalik dan telah diubah sedikit lenggok bahasa dan ayat supaya tersusun.

loading...
loading...

0 Response to "TIPS JIMAT BAGI MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN"

Catat Ulasan